Thursday, August 6, 2009

Ceramah berkenaan Virus Influenza A (H1N1)






Majlis bermula pada 8.30 pagi bertempat di dewan dan semua guru dan pelajar diwajibkan mendengar taklimat berkenaan wabak yang semakin mengancam ini. Puan Latifah, PK mengumumkan Peperiksaan Percubaan PMR tetap dijalankan walaupun sekolah ditutup akibat wabak ini. Setiap calon juga wajib mengambil peperiksaan ini sama ada di hospital ataupun di bilik kuarantin andainya dijangkiti virus tersebut.
Di sini cikgu lampirkan informasi terbaru serangan wabak ini yang boleh dilayari dilaman web kementerian kesihatan di pautan ini

http://h1n1.moh.gov.my/

Situasi semasa Influenza A(H1N1)
(Setakat 6 Ogos 2009, jam 8.00 pagi)

Kes - Kes Baru: 16
Kes - Kes Import: 0
Kes Jangkitan Tempatan: 16
Kes Kematian: 3

Jumlah Kes di Malaysia: 1,492 dengan jumlah kematian 14 orang.

574 (38%) merupakan kes import dan 918 (62%) kes jangkitan tempatan. Daripada jumlah ini, 1,421 kes (95%) telah sembuh. Bilangan kes jangkitan influenza A(H1N1) yang masih berada di Unit Rawatan Rapi adalah 11 orang. Manakala 43 kes sedang menerima rawatan antiviral di wad isolasi.

Daripada 11 kes yang berada di Unit Rawatan Rapi, 5 daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu obesiti (2), post -delivery (1) dan bayi (2).

Daripada 16 kes baru yang dilaporkan, sembilan (9) kes dirawat di wad dan 7 orang menerima rawatan pesakit luar.

Pameran Sains Di Makmal Biologi























Pameran di makmal Biologi mendapat sambutan dan penglibatan pelajar yang amat menggalakkan. Antara yang menarik di pameran yang berlangsung 5 hingga 6 Ogos ini adalah pembedahan tikus, pembedahan katak dan pembedahan ikan. Pengunjung boleh menyaksikan sendiri proses pembedahan berlaku dan melihat organ dalaman haiwan - haiwan tersebut contohnya urat nadi dan jantung yang masih berdenyut! Pengunjung juga dapat melihat dapur solar, mengira BMI, Biomass indeks dengan menimbang berat dan mengukur tinggi seterusnya mengetahui status biomass indeks masing - masing sama ada mempunyai berat badan berlebihan, ideal atau terlalu kurus. Pelajar juga dapat menyaksikan pameran video yang dipaparkan di skrin yang menunjukkan pelbagai jenis video yang kebanyakkan menyajikan grafik 3d bagi menjadikan penerangan bertambah menarik dan mudah difahami.
Terdapat juga pameran model - model organ manusia termasuk mengesan nadi dan kadar denyutan jantung menggunakan stethoscope. Pameran melihat slaid menggunakan mikroskop diadakan di makmal kimia bersebelahan. Pelajar yang berminat juga dapat menyertai kuiz biologi yang pastinya menjanjikan hadiah yang menarik!!

Tuesday, August 4, 2009

Pertandingan Futsal anjuran panitia pend jasmani










Pada hari ini 4 ogos 2009 bersamaan hari selasa pada jam 3 petang telah berlangsung pertandingan futsal anjuran panitia pendidikan jasmani dan kesihatan SMK Alor Pongsu. Pertandingan ini mendapat penyertaan yang memberangsangkan daripada para pelajar. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar dan terbahagi kepada kategori lelaki dan wanita. Diharapkan, aktiviti seumpama ini akan diteruskan agar membentuk ikatan persahabatan dan ukhawah melalui aktiviti sukan. cuma seelok - eloknya para pelajar berpakaianlah mengikut kod islam. Boleh rujuk brosur di blog pusat sumber smk alor pongsu utk kod pakaian wanita dan post berkenaan aurat di blog surau an Nur bagi pelajar lelaki. Tutup aurat bukan pilihan, tetapi ketetapan. Jangan nanti kita rasa menyesal sebab dapat dosa kering macam tu je...

Monday, August 3, 2009

Menjengah hari pertama minggu sains dan matematik

Latihan nasyid kelas khas




Kedengaran sayup - sayup suara memuji Illahi dari blok hujung. Rupa - rupanya pelajar kelas khas sedang gigih berusaha dibawah bimbingan guru - guru pendidikan khas yang bersemangat waja dengan penuh kesabaran. Semoga suara - suara memuji Illahi akan terus berkumandang dan bersama - sama kita pastikan Islam tetapi dijunjung, agama disanjung...

Perasmian Minggu Sains Dan Matematik 3 Ogos 2009



Minggu Sains Dan Matematik telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua pada 3 Ogos 2009 dengan objektif menanam minat terhadap kedua - dua cabang matapelajaran tersebut.

Countdown anti ponteng 27 Julai 2009





Majlis membaca yassin dan seterusnya perasmian countdown yang turut disertai oleh ydp pibg smk AlorPongsu.

Pelancaran minggu vokasional dan teknologi pada 27 julai 2009