Wednesday, October 21, 2009

Pertandingan Ping pong terbuka SMKAP anjuran Kelab Ping Pong SMKAP


Hari ini, 21 Oktober 2009, telah berlangsung pertandingan ping pong terbuka anjuran kelab ping pong SMKAP. Pertandingan ini mendapat penyertaan yang menggalakkan daripada pelajar iaitu sebanyak 18 penyertaan terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan. Program bermula jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 4 petang. Tahniah kepada Mr Johnny dan Sir Azhar kerana atas usaha mereka, pertandingan ini berjaya mencapai objektif yang disasarkan dan memberi peluang pelajar mencungkil atau membuktikan bakat mereka yang mencapah dan tidak hanya pada sudut akademik semata - mata... syabas dan tahniah..

Monday, October 19, 2009

Majlis pemberian hadiah sempena Minggu Ramadhan SMKAP













Hari ini 19 Oktober berlangsungnya majlis pemberian hadiah sempena Minggu Ramadhan mengisi slot perhimpunan mingguan Sek Men Keb Alor Pongsu. Pelajar menerima anugerah menerusi beberapa acara yang dipertandingkan sepanjang Bulan Ramadhan yang lalu anjuran Panitia Pendidikan Agama Islam. Antara acara yang dipertandingkan ialah menulis khat, adzan, tilawah dan macam - macam lagi. Menariknya, acara untuk para guru juga disediakan iaitu kuiz ramadhan. Di sini cikgu lampirkan gambar - gambar yang berjaya dirakamkan. Mohon maaf kepada beberapa orang guru kerana gambar mereka tidak berjaya dirakam dengan baik kerana masalah teknikal. Cikgu juga dapat hadiah tetapi macamana jurugambar nak ambil gambar sendiri kan. Apa2 pun, ramadhan telah berlalu dan kita pasti merindui ramadhan lagi. Moga dipanjangkan umur untuk menyambut ramadhan tahun depan.

Thursday, October 15, 2009

Lihatlah dari mata burung....


Sewaktu membantu anak didik melukis peta Alor Pongsu untuk kerja kursus Geografi T1, cikgu meneroka google maps dan seterusnya google earth. Sebelum ni dah pernah dengar tetapi tak sampai seru untuk nak explore. Di sini cikgu lampirkan pandangan satelit Sekolah kesayangan kita, SMK Alor Pongsu. Untuk besarkan klik pada gambar. Cikgu ada labelkan banguna secara ringkas.

Majlis Tilawah Al Quran Pendidikan Khas Derah Kerian

Semalam bersamaan 15 Oktober 2009 bertempat di dewan SMK Alor Pongsu berlangsungnya program Majlis tilawah Al Quran Pendidikan khas peringkat daerah yang mana SMK Alor Pongsu merupakan Tuan rumah. Kami guru - guru SMK Alor Pongsu cukup berbangga dengan pencapaian anak - anak istimewa SMK Alor Pongsu yang berjaya merangkul tempat ketiga untuk pertandingan nasyid, adzan dan bercerita. Ini merupakan langkah pertama yang baik kerana kelas khas SMKAP belum mencapai umur setahun pun. Semoga ini memberi galakan dan semangat kepada golongan istimewa dan agar mereka melihat dunia dengan lebih luas lagi. Apa yang penting ialah kesungguhan kerana itulah kunci kejayaan. Jika mempunyai IQ yang cukup tetapi tidak bersyukur dan berusaha takkan ke mana2 jua.
p/s : Cikgu teruja melihat pelajar khas mampu menyampaikan cerita dan mendendangkan nasyid dengan baik, mungkin ada yang lebih baik daripada mereka yang sempurna sifatnya. Banyak pelajar ada kemampuan, tapi cuma mahu dan tidak mahu. Itulah batu penghalangnya. Diri sendiri!!

nota : gambar akan diupdate kemudian

Wednesday, October 14, 2009

Sambutan Jamuan Hari Raya Aidilfitri SMKAP 2009








Sempena projek RIMUP (Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan) SMK Alor Pongsu sepakat menjayakan program Jamuan Hari Raya Aidilfitri SMK Alor Pongsu 2009. Pelbagai jamuan disediakan antaranya Nasi Impit, lemang, daging masak hitam, ayam rendang, mi kari, laksa, kek, kuah kacang dan berbagai lagi. Terdapat juga guru dan pelajar yang meyajikan makanan dari rumah sendiri termasuk biskut raya. Majlis juga diisi dengan program ceramah satu malaysia yang mana kumpulan sasarannya ialah pelajar tingkatan 3 yang baru sahaja selesai menduduki PMR hari sebelumnya.
Jamuan dimulakan pada jam 11 pagi hingga jam 12 tgh. Pelajar tingkatan tiga berada di dewan yang juga menyediakan aktiviti permainan dalaman seperti congkak, karom dan catur. Pelajar lelaki dan perempuan tingkatan selainnya pula menjamu selera dengan mengambil makanan di lokasi yang ditetapkan. Para guru dan juga tetamu jemputan (VIP) menjamu selera di kantin sekolah. Walaupun aktiviti ini dijalankan dan para pelajar berpakaian mengikut tema hari raya, kelas PNP tetap berjalan seperti biasa.

Monday, October 12, 2009

3 Cara Efektif Mengatasi Stress

Siapa yang tidak pernah mengalami stress? Penulis post ini juga tidak pernah lari daripada menghadapi tekanan dalam kehidupan. Tetapi terdapat cara untuk mengatasi stress ini dan apa yang menariknya ia boleh diaplikasikan serta merta.

Di sini saya ingin berkongsi 3 cara efektif untuk mengatasi stress dalam kehidupan seharian anda. Semoga anda dapat manfaatkan ilmu yang diberi ini. ;)

1. Lakukan Setiap Pekerjaan Anda Dengan Senyuman.

Saya pasti ramai antara kita yang bermasam muka ataupun seringkali muram ketika melakukan sesuatu. Mulai saat ini, sentiasalah senyum dan gembira dengan apa jua yang anda lakukan. Percayalah dengan cara ini anda akan dapat kurangkan tekanan dalam diri anda ketika melakukan sesuatu. Mari kita praktikkan sekarang, senyum! :)

2. Berikan Fokus Sepenuhnya – Elakkan Multi-tasking

Saya menyarankan agar anda memberikan fokus terhadap satu perkara sahaja dalam satu masa dan elakkan daripada multi-tasking (melakukan 2 kerja atau lebih dalam satu masa) kerana ia boleh menjejaskan kerja anda seterusnya memberikan anda tekanan dalam perkara yang anda lakukan.

3. Berikan Hadiah Pada Diri Anda Setiap Kali Berjaya Menyelesaikan Tugasan

Perkara ini sering saya aplikasikan dalam diri saya setiap kali berjaya melakukan tugasan. Hargailah diri anda. Berikanlah sesuatu hadiah kepada diri anda seperti mendengar lagu kegemaran anda, keluar ke taman sebentar dan sebagainya. Dengan berbuat demikian, anda akan melupakan segala tekanan yang anda alami dan memotivasikan diri anda untuk melakukan tugas yang seterusnya.

Kita adalah umat terbaik!!!

Monday, October 5, 2009

7 Oktober semakin menghampiri. Tibalah masanya saat yang ditunggu - tunggu. Penilaian Menengah Rendah (PMR). Walaupun PMR hanya tinggal sehari lagi, pelajar - pelajar masih boleh tersengih membuat jenaka. Masih boleh bersantai membuang masa. Masih boleh duduk tanpa membuat apa - apa.
Orang lain kuat berusaha, kita masih tak sedar dan alpa... Cikgu harap anak2 semua teruskan usaha. Jangan menyerah kalah sehingga saat yang terakhir. Selagi ada masa terus cuba buat soalan yang ada. Ingatlah, Usaha + Doa + Tawakkal = kejayaan!!!