Sunday, July 26, 2009

Tahniah dan teruskan usaha!!



Ketika melayari eduwebtv.com iaitu webtv rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia, cikgu tersentak kerana melihat pelajar sekolah kita, SMK Alor Pongsu dari kelas 2A5, Abdul Aziz bin Omar ditemuramah dalam satu program kesihatan negeri pulau pinang. Tambah membanggakan, Abdul Aziz juga merupakan pengawas pusat sumber smkap. Diharap dapat terus mengharumkan nama sekolah dan mengimbangkan kedua - dua belah sisi, akademik dan kokurikulum.

Dibawah ini cikgu masukkan video yang telah diedit dan hanya klik pada butang play untuk mainkan video.


Tuesday, July 14, 2009

Hari pertama persekolahan...






galeri gambar hari pertama persekolahan...

Sekitar MTQ yang lalu







Walaupun MTQ dah berlalu berbulan - bulan lamanya, tetapi memorinya masih terpahat segar dalam ingatan. Cikgu harap, anak2 masih berminat hendak teruskan bernasyid walaupun masing - masing mempunyai komitmen tersendiri. Di sini cikgu lampirkan gambar MTQ yang lalu untuk tatapan kita semua sebagai satu bukti ukhwah yang tersemi dalam kita mencari keredhaan Illahi.. Ameen..

Friday, July 10, 2009

Shoutun Nasihah

Shoutun Nasihah adalah nama yang disepakati bagi sebuah kumpulan nasyid SMK Alor Pongsu. Kumpulan ini dipimpin oleh saudara najmi dari kelas 4Sc yang juga merupakan vokal utama. Walaupun kumpulan ini tidak mendapat sebarang tempat pada pertandingan yang lalu, tetapi komitmen yang ditunjukkan amat menggalakkan dan diharap setelah mempunyai asas yang kukuh, dengan persiapan yang rapi, kumpulan ini mampu memberi cabaran kepada pasukan lawan dari sekolah lain dan seterusnya bergelar juara bagi peringkat daerah.. itulah doanya.. amin..

Disini, dipaparkan video persembahan kumpulan Shoutun Nasihah semasa hari kecemerlangan sekolah yang lalu. Moga terhibur.. Hiburan yang mendidik jiwa...

Pasukan Kadet Bomba SMKAP

Pasukan kadet Bomba SMK Alor Pongsu telah mengharumkan nama sekolah dengan mendapat naib johan dalam pertandingan kawad kaki peringkat Daerah yang diadakan di SMKA Krian. Video yang dipamerkan disini merupakan video semasa pertandingan berlangsung. Video ini telah diedit agar memudahkan penonton mengetahui bahasa kawad yang digunakan dan gerakan kawad yang sepatutnya dilakukan. Semoga dapat dimanfaatkan, insyaallah..

SMK Alor Pongsu






























SMK Alor Pongsu 34300 Bagan Serai Perak akan menyambut Jubli Perak, Ulang Tahun yang ke 25 pada 2010 yang tinggal hanya 5 bulan sahaja lagi. Mula dibuka sekitar tahun 1985, sekolah ini kini mampu menampung hingga 700 lebih orang pelajar dan majoriti pelajarnya adalah berbangsa Melayu. Sekolah ini tiada pelajar berbangsa cina tetapi ada sebilangan kecil sahaja pelajar berbangsa India.