Sunday, July 24, 2011

Teknik Belajar

Baru - baru ini, saya ditanya oleh beberapa orang pelajar yang buntu bagaimanakah teknik belajar yang sebenarnya. Mereka mengatakan mudah bosan terutamanya apabila perlu menelaah matapelajaran yang memerlukan pembacaan dan hafalan. Melalui carian menerusi google, saya telah mengakses sebuah website yang mnerangkan beberapa cara untuk belajar. Semoga dapat kita manfaatkan bersama. Buat para pelajar, jika cara yang kita gunakan sekarang tidak berjaya, apa kata kita ubah cara yang lain pula?

Teknik Belajar PV3R

Preview (tinjauan awal)
Question (soal diri)
Read & Underline (Baca,garis dan tanda)
Recite & write (lafaz dan tulis nota)
Review (tinjauan akhir)
Sumarize (ringkaskan)
Test your self (uji diri anda)
Use (gunakan)
Visualize (bayangkan)

dalam website ini juga dinyatakan teknik pembayangan. iaitu kita membayangkan dan cuba menulis serta melukis semula semua perkara yang telah kita pelajari/tahu. tidak perlu kertas atau pen, cuma guna jari anda untuk membayangkan anda sedang menulis atau melukis dan teknik ini boleh dilakukan di mana sahaja cuma diingatkan anda perlu mempunyai fokus yang kuat. Maklumat lanjut layari http://www.sabah.net.my/juipri/belajar.htm.

Minggu anti dadah



Hari ini merupakan hari pelancaran Minggu Anti Dadah bagi SMK Alor Pongsu. Majlis pelancaran telah berjalan dengan lanc ar semasa perhimpunan sekolah lengkap dengan bacaan ikrar dan nyanyian lagu anti dadah oleh para pelajar.
Kembali kepada asas, tergerak saya bertanya kepada pelajar, dadah itu apa sebenarnya? Berbagai – bagai jawapan yang saya terima. Secara umumnya, pelajar menyatakan suatu bahan yang menjadikan penggunanya khayal.
Berdasarkan buku “mari Kita Belajar mengenai Dadah” tulisan Pete Sanders dan Steve Myers, dadah merupakan suatu bahan yang apabila dimasukkan ke dalam tubuh seseorang, mengubah atau mengganggu cara tubuh kita berfungsi. Berdasarkan buku ini dadah yang paling meluas adalah tembakau. Malah kopi, alkhohol dan pil pening kepala yang kita ambil juga di anggap dadah. Kesan dadah juga berbeza bagi setiap individu.
Patutlah ada orang yang mengambil kopi secawan tidak dapat tidur dan ada yang seperti saya tiada kesan apa - apa apabila mata mengantuk pasti tertidur walaupun baru sahaja meneguk air kopi kaw. Ada juga situasi sebiji panadol mampu menyebabkan seseorang itu rasa lebih baik dan begitulah sebaliknya. Contohnya kawan saya semasa di universiti, 4 biji panadol baru cukup untuk menyebabkan rasa pening atau sakit kepalanya berkurangan.
Persoalannya, mengapa atau bagaimana seseorang itu boleh terlibat dengan ketagihan dadah? Pengalaman saya sendiri, saya pernah tinggal sebilik dengan seorang penagih dadah semasa di universiti. Bagaimana dia terjebak? Kerana takut tidak mempunyai tenaga yang cukup kerana dia merupakan ahli sukan mewakili Negara untuk takraw bawah lapan belas tahun semasa di sekolah. Kenalan saya di universiti yang kedua, seorang perempuan menjadi penagih dadah kerana takut gagal dalam peperiksaan, jadi mengambil dadah untuk memberinya kekuatan agar dapat meneruskan menelaah buku sehingga tidak tidur 2 - 3 hari. Seterusnya kenalan saya dari kecil, seorang lelaki yang mempunyai susuk tubuh yang gempal mengambil syabu atau “ais” kerana ingin menjadi kurus akibat rasa rendah diri selalu dihina teman dan orang sekeliling.
Semua yang saya nyatakan di sini adalah kisah benar dari pengalaman dari kaca mata saya sendiri, mungkin tidak mewakili semua penagih tetapi dapat saya buat beberapa kesimpulan.
Yang pertama, mereka merasa takut. Takut tidak mencapai apa yang orang lain harapkan. Mereka takut gagal. Mereka takut disisihkan. Mereka takut mereka tidak menjadi orang yang Berjaya. Mereka sebenarnya tidak dapat menyalurkan tekanan (stress) yang wujud dalam diri mereka.
Kedua, mereka ada akses untuk memiliki barangan tersebut. Mereka berkawan atau berkenalan dengan orang yang salah.
Ingin saya berkongsi satu petikan ayat dari cerita jepun yang saya tonton baru – baru ini , “manusia yang melukakan manusia, dan manusia jugalah penyembuhnya. Masa hadapan kita dipengaruhi oleh orang yang kita jumpa dalam hidup kita”.

<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4

Thursday, July 21, 2011

Harapan PMR 2011


3A5

3A4

3A3

3A2

3A1

Larian 1 Malaysia @ SMK Alor Pongsu

Di lebuh raya ini....
larian penuh bersemangat guru perempuan dan wakil ibu
Kelihatan cikgu seow memimpin seorang pelajar khas yang turut serta dalam larian ini..


wajah - wajah mereka yang mendapat hadiah pada hari tersebut

Kelihatan pengetua SMK Alor Pongsu, Pn hajah Nor Hidayah dan Puan Norhaniza PK Kokurikulum turut mengambil bahagian dalam larian ini..
Serentak di seluruh negara, SMK Alor Pongsu juga tidak ketinggalan untuk melakar sejarah dengan menjayakan program larian 1 murid, 1 sukan, 1 malaysia.. Apa yang menarik, semua pihak bersama -sama berusaha memastikan program ini berjalan dengan meriah, malah penyertaan bukan sahaja melibatkan pelajar, tetapi pentadbir (pengetua dan pk), para guru (lelaki dan perempuan), wakil pibg, ibu dan bapa pelajar juga pekerja. Bagi merancakkan lagi suasana, majlis penyampaian hadiah di adakan sejurus selepas acara larian diadakan. Tahniah dan terima kasih kepada Cikgu Hamsani yang bijak mencetuskan suasana dengan celoteh dan usikannya yang mengukir senyuman kepada kami semua. Moga program yang bermanfaat ini dianggap ibadah dalam misi kita mencari keredhaan Nya.

A New Beginning

" When the light turn off. Its time to illuminate your lantern". (The best picture I can get at dark without a tripod.. still a bit shaky..)


It's been a while I'd stop posting in this blog.. Today, I've decide to put away the past and look ahead. So, I hope this blog will give the information you need and will always exist as a memory snapshot to the pongsurians..
fyi : I've started using DSLR for most of my pics here.. the quality is outstanding but I'm still an amateur in photography...
another photo taken shows thousands of light. The 1 malaysian's lantern shower of light.
Mr Arsalanshah and his hockey team carry out smk alor pongsu's task in this mega project.

Showing their 1 malaysian's lantern.. praise to pn Zuliawati, smkap's arts teacher for making lots of beautiful lantern.

thanks to Sir Azhar and Mr Zul for their cooperation.. Mission accomplish..