Thursday, July 21, 2011

Larian 1 Malaysia @ SMK Alor Pongsu

Di lebuh raya ini....
larian penuh bersemangat guru perempuan dan wakil ibu
Kelihatan cikgu seow memimpin seorang pelajar khas yang turut serta dalam larian ini..


wajah - wajah mereka yang mendapat hadiah pada hari tersebut

Kelihatan pengetua SMK Alor Pongsu, Pn hajah Nor Hidayah dan Puan Norhaniza PK Kokurikulum turut mengambil bahagian dalam larian ini..
Serentak di seluruh negara, SMK Alor Pongsu juga tidak ketinggalan untuk melakar sejarah dengan menjayakan program larian 1 murid, 1 sukan, 1 malaysia.. Apa yang menarik, semua pihak bersama -sama berusaha memastikan program ini berjalan dengan meriah, malah penyertaan bukan sahaja melibatkan pelajar, tetapi pentadbir (pengetua dan pk), para guru (lelaki dan perempuan), wakil pibg, ibu dan bapa pelajar juga pekerja. Bagi merancakkan lagi suasana, majlis penyampaian hadiah di adakan sejurus selepas acara larian diadakan. Tahniah dan terima kasih kepada Cikgu Hamsani yang bijak mencetuskan suasana dengan celoteh dan usikannya yang mengukir senyuman kepada kami semua. Moga program yang bermanfaat ini dianggap ibadah dalam misi kita mencari keredhaan Nya.

No comments:

Post a Comment