Sunday, July 24, 2011

Minggu anti dadah



Hari ini merupakan hari pelancaran Minggu Anti Dadah bagi SMK Alor Pongsu. Majlis pelancaran telah berjalan dengan lanc ar semasa perhimpunan sekolah lengkap dengan bacaan ikrar dan nyanyian lagu anti dadah oleh para pelajar.
Kembali kepada asas, tergerak saya bertanya kepada pelajar, dadah itu apa sebenarnya? Berbagai – bagai jawapan yang saya terima. Secara umumnya, pelajar menyatakan suatu bahan yang menjadikan penggunanya khayal.
Berdasarkan buku “mari Kita Belajar mengenai Dadah” tulisan Pete Sanders dan Steve Myers, dadah merupakan suatu bahan yang apabila dimasukkan ke dalam tubuh seseorang, mengubah atau mengganggu cara tubuh kita berfungsi. Berdasarkan buku ini dadah yang paling meluas adalah tembakau. Malah kopi, alkhohol dan pil pening kepala yang kita ambil juga di anggap dadah. Kesan dadah juga berbeza bagi setiap individu.
Patutlah ada orang yang mengambil kopi secawan tidak dapat tidur dan ada yang seperti saya tiada kesan apa - apa apabila mata mengantuk pasti tertidur walaupun baru sahaja meneguk air kopi kaw. Ada juga situasi sebiji panadol mampu menyebabkan seseorang itu rasa lebih baik dan begitulah sebaliknya. Contohnya kawan saya semasa di universiti, 4 biji panadol baru cukup untuk menyebabkan rasa pening atau sakit kepalanya berkurangan.
Persoalannya, mengapa atau bagaimana seseorang itu boleh terlibat dengan ketagihan dadah? Pengalaman saya sendiri, saya pernah tinggal sebilik dengan seorang penagih dadah semasa di universiti. Bagaimana dia terjebak? Kerana takut tidak mempunyai tenaga yang cukup kerana dia merupakan ahli sukan mewakili Negara untuk takraw bawah lapan belas tahun semasa di sekolah. Kenalan saya di universiti yang kedua, seorang perempuan menjadi penagih dadah kerana takut gagal dalam peperiksaan, jadi mengambil dadah untuk memberinya kekuatan agar dapat meneruskan menelaah buku sehingga tidak tidur 2 - 3 hari. Seterusnya kenalan saya dari kecil, seorang lelaki yang mempunyai susuk tubuh yang gempal mengambil syabu atau “ais” kerana ingin menjadi kurus akibat rasa rendah diri selalu dihina teman dan orang sekeliling.
Semua yang saya nyatakan di sini adalah kisah benar dari pengalaman dari kaca mata saya sendiri, mungkin tidak mewakili semua penagih tetapi dapat saya buat beberapa kesimpulan.
Yang pertama, mereka merasa takut. Takut tidak mencapai apa yang orang lain harapkan. Mereka takut gagal. Mereka takut disisihkan. Mereka takut mereka tidak menjadi orang yang Berjaya. Mereka sebenarnya tidak dapat menyalurkan tekanan (stress) yang wujud dalam diri mereka.
Kedua, mereka ada akses untuk memiliki barangan tersebut. Mereka berkawan atau berkenalan dengan orang yang salah.
Ingin saya berkongsi satu petikan ayat dari cerita jepun yang saya tonton baru – baru ini , “manusia yang melukakan manusia, dan manusia jugalah penyembuhnya. Masa hadapan kita dipengaruhi oleh orang yang kita jumpa dalam hidup kita”.

<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4

No comments:

Post a Comment